Hari ini telah seminggu umat Islam di Malaysia berpuasa.
Bukan sedikit cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang hari kita berpuasa.
Menjalani ibadah puasa di negara yang berbilang bangsa dan agama, sudah tentulah terlalu banyak dan besar cabaran dan godaan yang boleh sahaja menjadikan puasa kita sia-sia.
Bukan bersikap skeptikal.
Tetapi, cubalah lihat di sekeliling kita.
Mereka yang bukan Muslim dengan tidak ada rasa hormat kepada kita yang sedang melawan nafsu....dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang kita dilarang,malahan haram melakukannya di siang hari bulan Ramadhan.....iaitu makan,minum,merokok dan sebagainya di hadapan kita.
Di manakah rasa hormat mereka terhadap kita yang dikatakan menganut Agama Rasmi negara ini, iaitu Islam?
TIDAK ADA!!!!
Itu baru tentang makan minum dan merokok.
Di kalangan umat Islam lelakilah yang lebih menderita daripada umat Islam wanita.
Mengapa?
Godaan yang datang bukan calang-calang, kepada orang lelaki yang berpuasa.
Berjalanlah ke taman rekreasi....
Singgahlah ke shopping complex....
Malah di mana-mana....
Apa yang kita nampak?
BETIS....
PEHA.....
DADA....
LENGAN.....
AURAT yang terdedah..!
Belum dikira lagi yang tidak terdedah tetapi jelas bayangan dan bentuknya.
Seluar sendat.
Baju juga sendat.
''tak nampak tapi nampak''
Tidak nampak rupa. Tetapi nampak bentuk.
Punggung....depan dan belakang.
Dengan seluar yang terselit di celah punggung dan menampakkan bentuk di sebelah depan.....
Dada membonjol.
Membayangkan rasa megah pemiliknya dengan buah dada yang dibaluti dengan baju ketat yang pastinya menunjukkan body shape yang tentu sahaja amat dibanggakannya.
Tidak bergoncangkah keimanan kita?
Bohonglah jika jawapannya TIDAK.
Lebih malang ianya bukan hanya terpamer oleh non-Muslim sahaja.
Tetapi yang di kalangan wanita Muslim pun tidak kurang hebatnya.
Tok-Tok Lebai pun boleh tersenget serban dan kopiah mereka....kalaupun tidak terjatuh...!!!
Sebulan kita akan melalui cabaran yang amat menggoncang iman ini.
Dan pada zaman yang serba mencabar dan menggoda ini, yang mampu kita harapkan ialah supaya kita tidak terbatal puasa.
Tentang kurang pahala puasa dek kerana perkara-perkara tadi,
ALLAH sahajalah yang MAHA MENGETAHUI dan MAHA PENGAMPUN.
Semoga kita dijauhi dari segala keburukan dan kemaksiatan di Bulan Ramadhan yang Mulia ini.
Pertingkatkanlah amal dan keimanan demi sebuah Puasa Yang Khusus.
Khamis 8 Ramadhan 1431
Tiada ulasan:
Catat Ulasan