Haircut-Corner
Ekspresi dan pandangan peribadi yang mengalu-alukan perkongsian dan komentar bersama.
Isnin, 11 Julai 2011
testingtesting
Entah apa yg tak kena dgn blog ini, aku pun tak tau. Catatan baru tidak terpapar dalam halaman blog ini.
Katanya catatan anda telah berjaya diterbitkan....tp takda pun.
Tak tau apa aku nak buat.

Rabu, 18 Ogos 2010
Ramadhan Al-Mubarak.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini telah seminggu umat Islam di Malaysia berpuasa.
Bukan sedikit cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang hari kita berpuasa.
Menjalani ibadah puasa di negara yang berbilang bangsa dan agama, sudah tentulah terlalu banyak dan besar cabaran dan godaan yang boleh sahaja menjadikan puasa kita sia-sia.
Bukan bersikap skeptikal.
Tetapi, cubalah lihat di sekeliling kita.
Mereka yang bukan Muslim dengan tidak ada rasa hormat kepada kita yang sedang melawan nafsu....dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang kita dilarang,malahan haram melakukannya di siang hari bulan Ramadhan.....iaitu makan,minum,merokok dan sebagainya di hadapan kita.
Di manakah rasa hormat mereka terhadap kita yang dikatakan menganut Agama Rasmi negara ini, iaitu Islam?
TIDAK ADA!!!!
Itu baru tentang makan minum dan merokok.
Di kalangan umat Islam lelakilah yang lebih menderita daripada umat Islam wanita.
Mengapa?
Godaan yang datang bukan calang-calang, kepada orang lelaki yang berpuasa.
Berjalanlah ke taman rekreasi....
Singgahlah ke shopping complex....
Malah di mana-mana....
Apa yang kita nampak?
BETIS....
PEHA.....
DADA....
LENGAN.....
AURAT yang terdedah..!
Belum dikira lagi yang tidak terdedah tetapi jelas bayangan dan bentuknya.
Seluar sendat.
Baju juga sendat.
''tak nampak tapi nampak''
Tidak nampak rupa. Tetapi nampak bentuk.
Punggung....depan dan belakang.
Dengan seluar yang terselit di celah punggung dan menampakkan bentuk di sebelah depan.....
Dada membonjol.
Membayangkan rasa megah pemiliknya dengan buah dada yang dibaluti dengan baju ketat yang pastinya menunjukkan body shape yang tentu sahaja amat dibanggakannya.
Tidak bergoncangkah keimanan kita?
Bohonglah jika jawapannya TIDAK.
Lebih malang ianya bukan hanya terpamer oleh non-Muslim sahaja.
Tetapi yang di kalangan wanita Muslim pun tidak kurang hebatnya.
Tok-Tok Lebai pun boleh tersenget serban dan kopiah mereka....kalaupun tidak terjatuh...!!!
Sebulan kita akan melalui cabaran yang amat menggoncang iman ini.
Dan pada zaman yang serba mencabar dan menggoda ini, yang mampu kita harapkan ialah supaya kita tidak terbatal puasa.
Tentang kurang pahala puasa dek kerana perkara-perkara tadi,
ALLAH sahajalah yang MAHA MENGETAHUI dan MAHA PENGAMPUN.
Semoga kita dijauhi dari segala keburukan dan kemaksiatan di Bulan Ramadhan yang Mulia ini.
Pertingkatkanlah amal dan keimanan demi sebuah Puasa Yang Khusus.
Khamis 8 Ramadhan 1431

Jumaat, 6 Ogos 2010
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Sabtu.
Ramai yang cuti hari ini. Terutamanya pekerja sektor awam.
Namun tidak kurang juga yang bekerja.
Seperti kedai gunting rambut (haircut corner), tetap setia menawarkan khidmat kepada yang memerlukan.
Kebiasaannya pada hari-hari cuti dan kelepasan inilah ramai yang mengambil kesempatan mengunjungi kedai gunting untuk memperkemas dan merapikan rambut yang sudahpun panjang dan berserabai yang sekaligus mengurang dan menjejaskan penampilan diri.
Dan seperti kelazimannya, hari ini adalah beberapa individu yang seakan menjadi pelanggan tetap, sedang menunggu giliran untuk mendapatkan sentuhan ajaib si tukang gunting.
Apa lagi.....
Bila sudah bertemu sesama mereka, maka panjanglah ceritanya.....
Dari cerita tentang menyambut puasa yang tidak berapa hari lagi, hinggalah kepada cerita tentang DYMM Sultan Johor yang dikatakan akan berangkat ke Muar esok.
Tidak kurang juga dengan cerita Politik Melayu yang berkisar di sekitar kisah penyatuan Melayu antara dua Parti Politik Melayu terbesar di Malaysia.
Banyaklah pro dan kontranya. Masing-masing dengan hujah dan pendapat peribadi yang bukan main-main faktanya.
Saya melihat 'haircut corner' ini bagaikan forum kecil tempat meluahkan pendapat dan berbincang tentang pelbagai isu di kalangan para pesidangnya.
Dan tukang gunting adalah moderator yang baik,yang tidak boleh memihak kepada mana-mana pihak....supaya ia kelihatan liberal dan tidak menyebelahi sesiapa.
Bukan apa....sekadar menjaga hati pelanggan dan yang penting demi menjaga periuk nasi sendiri.
Nyatalah. Kedai gunting adalah salah satu tempat untuk berjumpa kawan, bertukar-tukar pendapat, berdebat dan bersembang.
Umum mengetahui bahawa kedai kopi atau kopitiam, café, coffee house dan seumpamanya memang terkenal sebagai tempat melepak dan bertemu kawan-kawan. Bersembang sambil menghirup secawan kopi.
Tetapi apa kurangnya dengan 'haircut corner' ini.
Ia juga adalah tempat yang biasa menyaksikan pengupasan isu oleh pesidang-pesidang dan penyembang-penyembang tetap ketika menanti gilirannya tiba.
Terbaru, ada yang menyentuh tentang risalah 'Suara Kebangkitan' oleh Jemaah Hizbut-Tahrir. Risalah-risalah ini diedarkan di masjid,ketika para jemaah khusyuk mendengar khutbah,atau sekurang-kurangnya sedang beriktikaf menantikan masuknya waktu Solat Jumaat.
Risarah-risalah ini akan diletakkan di raga atau bakul motorsikal dan di cermin hadapan kereta.
Yang menjadi persoalan,kenapa tidak di serah secara langsung kepada para Jemaah?
Atau lebih baik diletak di satu sudut, dan terserah kepada sesiapa yang berminat untuk mengambilnya sendiri.
Ini tidak.
Ianya seolah-olah memaksa para jemaah menerima,membaca dan menerima sahaja apa-apa yang ditulis oleh pengarangnya di risalah tersebut.
Tidak semua,malah tidak ramai yang suka dengan edaran risalah-risalah sebegitu.
Akibatnya, ramai yang membuangnya begitu sahaja ketika dalam perjalanan balik dari Solat Jumaat di masjid.
Maka berterbanganlah dan dilanyak serta dipijak dan dilanggar oleh orang,malah kenderaan yang lalu-lalang sepanjang jalan yang dilalui oleh para jemaah itu tadi.
Alangkah malangnya....
.
Alangkah dangkalnya pemikiran pihak yang mahu berdakwah dengan cara begitu.
'Lempar batu sembunyi tangan'.
Itulah peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan perbuatan si pendakwah yang kononnya lebih baik,lebih tau,lebih alim,lebih berjuang ke arah Islam sebenar daripada orang lain.
Terfikirkah kita....
Terfikirkah mereka itu,bahawa di atas risalah-risalah tersebut ada tertulis kalimah ALLAH, RASULULLAH dan sekurang-kurangnya terjemahan dari ayat-ayat Al-Quran yang dijadikan dalil dan hujah oleh pengarangnya untuk menguatkan lagi pendapat dan tulisannya...
Apakah moral mereka yang membiarkan perkara-perkara itu berlaku?
Maksudnya membiarkan risalah yang terkandung di dalamnya kalimah2 suci, dipijak,dilanggar dan diperlakukan secara yang tidak berhemah?
Ya...mungkin akan ada yang mengatakan tidak wajar orang yang menerima risalah seumpama itu membuangnya.
Lalu merekalah yang akan dipersalahkan.....
Namun pada pengamatan saya, punca segala perbuatan membuang risalah-risalah tersebut ialah....
* Pertubuhan Hizbut Tahrir itu sendiri....
* Pengarang risalah yang ghairah mahu berdakwah secara tulisan dah tidak berani bersemuka dengan golongan sasarnya....
* Dan tidak kurang orang yang mengedarkannya kepada para jemaah dengan secara bersembunyi....
Merekalah yang wajib bertanggung jawab ke atas perkara yang amat menyedihkan ini.
Itu berkenaan pengedaran risalah dakwah yang akhirnya menjadi tragedi kepada risalah itu sendiri.
Bagaimana pula dengan isi kandungannya?
Macam-macam ada....
Tetapi tidak ada satu pun sepanjang saya mengenali dan menerima seterusnya membaca isi kandungannya, yang menyetujui tindakan dan usaha pihak lain dalam apa juga bidang.
Semuanya salah di mata pengarangnya.
Bebas mengutuk,memburuk-burukkan pihak lain....terutamanya Kerajaan dan para pemimpin yang sering dilabel sebagai tidak menjalankan malah tidak menerima hukum Islam dalam pemerintahan.
Kerajaan Sekular.!
Demikianlah label yang diberikan.
Undang-undang daripada penjajah dan negara Kuffar yang dikatakan diamalkan di Malaysia.
Semua menjadi isu bagi mereka.
Sehinggakan Piala Dunia Fifa pun tidak terkecuali.
Sihir Bolasepak.!
Itulah yang ditulis dalam satu keluaran risalah Suara Kebangkitan Hizbut Tahrir ini ketika demam bolasepak piala dunia beberapa minggu yang lalu.
Jika anda pernah membaca risalah ini, pastilah anda akan memahami isi kandungan dan apa sebenarnya perjuangan mereka ini.
Saya dengan rendah hati, mencadangkan supaya Hizbut Tahrir didaftarkan sebagai sebuah Parti Politik.
Beranikah mereka?
Jangan hanya berani menyalahkan itu dan ini, sedangkan ia sendiri tidak ada usaha ke arah memperbaiki.
Janganlah hanya syok sendiri, sedangkan ia tidak berani turut sama bertarung dalam gelanggang.
Janganlah hanya pandai mengulas dan melemparkan kata-kata yang kurang enak dari luar sahaja.
Kalau berani....ayuh....masuk gelanggang. Berjuang,bertarung dalam pilihanraya.
Walaupun selalu menuduh demokrasi tidak Islamik dan dari sistem pemerintahan Kuffar....namun inilah sistem terbaik buat masa ini.
Kenapa takut untuk turun ke medan,jika dirasakan perjuangan Hibut Tahrir benar....
Dalam banyak tulisannya,pengaran sering mengajak pembaca mengubah cara pemerintahan di Malaysia.
Bagaimana mereka mahu memerintah dan menegakkan Daulah Islamiah,jika hanya berani berkokok di luar gelanggang?
Adakah mereka mengharapkan revolusi akan terjadi dengan sendirinya?
Adakah mereka hanya berani mengambil kesempatan atas perpecahan dan kemusnahan pihak lain?
Banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang risalah atau nasyrah ini.
Sebenarnya,tidak ada pun yang terlalu peduli dengan penerbitan dan pengedaran secara pengecut risalah ini.
Tetapi disebabkan ianya ada ditimbulkan dan diperkatakan tentang nagatifnya risalah ini di sebuah 'Haircut Corner', maka tergeraklah rasa hati untuk menukilkan sedikit pendapat peribadi.
Terserahlah kepada kawan-kawan semua untuk menilainya sendiri.
Pandangan adalah amat dialu-alukan.

Khamis, 29 Julai 2010
Pantai Leka, Parit Jawa
Hai....jumpa lagi.
Pagi ini saya sengaja ronda-ronda ke Pantai Parit Jawa.
Pantai Leka Parit Jawa sudah berubah wajah sekarang.
Dengan sebuah menara tinjau yang tersergam di satu sudut taman permainan.
Apa yang saya lihat,sebuah excavator sedang dibaiki dengan sedikit kerosakan. Apa yang dibuatnya di pantai itu? Sebenarnya ia sedang melakukan kerja-kerja menambak pantai. Pangkalan nelayan Parit Jawa telah mendapat jeti baru,beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah. Dan dalam proses pembinaannya dulu,memerlukan pantai ditambak sepanjang lebih kurang 300 meter,lebar dalam 5 meter, menganjur ke laut. Ianya selari dengan tebing muara sungai. Jeti konkrit telah siap dan telah pun digunakan oleh para nelayan.
Setelah dibiarkan beberapa bulan tambakan itu tanpa dibongkar kembali, walaupun kerja-kerja pembinaan jeti telah siap sepenuhnya,maka kerja-kerja membongkar kembali tambakan tanah tersebut pun bermula sejak beberapa hari lepas. Apa yang berlaku ialah,tambakan tanah yang menganjur ke laut itu dibongkar dan digunakan pula untuk menambak pantai yang menjadikan tebing pantai bertambah jauh ke tengah.
Untuk apa?
Pihak yang bertanggungjawab sahaja yang tahu tujuannya dilakukan kerja-kerja tersebut.
Anda tahu tidak,bahawa asas tambakan pantai itu dari pokok sawit?
Walaupun di atasnya ditimbus dengan tanah dan bongkah-bongkah batu,percayalah.....suatu masa nanti tanah tambakan itu akan mendap.
Apa puncanya?
Batang pokok sawit tidaklah setahan mana. Dalam sekejap masa saja akan membusuk. Sekarang ini pun sudah mula mereput dan busuk.
Bayangkan beberapa tahun akan datang. Apabila asasnya sudah reput dan busuk,yang di atas pun pasti akan terjerlus dan mendap.
Pada pendapat saya,sepatutnya batang pokok sawit tidak boleh digunakan dan dibenarkan samasekali dalam kerja-kerja penambakan pantai.
Dan ketika itu sekali lagi pihak bertanggungjawab akan memanggil kontraktor untuk memperbaki dengan melakukan penambakan baru.
Ha....
Itulah yang dikatakan projek kerajaan tidak pernah putus.
Dan beberapa teman yang terlibat dengan projek kerajaan pernah memberitahu bahawa projek kerajaan membawa keuntungan yang lumayan.
Macamana?
Macam inilah.
Buat kerja lebih kurang,janji siap,janji dapat kelulusan pegawai dan pihak yang mengendalikan projek tersebut,oklah.
Kualiti?
Siapa yang akan mempertikaikannya?
Dengan kelulusan yang disahkan oleh pegawai terbabit,segalanya nampak sempurna.
Kerja siap.
Payment pun dapat.
Apa yang akan terjadi kepada projek tersebut di kemudian hari,belakang kira.
Jangan takut.
Kerajaan akan memanggil lagi tender untuk kerja-kerja pembaikan semula.
Siapa yang untung?
Sekali lagi kontraktor yang untung.
Kawan-kawan.....
Sebenarnya perkara itu boleh dielakkan,jika kerja-kerja yang pertama ini sempurna. Dipantau sepenuhnya dengan penuh rasa tanggungjawab oleh pegawai yang diberi tanggungjawab,tanpa ada urusan-urusan yang tidak sewajarnya di antara mereka....
Tetapi,siapalah saya.
Malah,siapalah kita,untuk mempertikaikan perkara ini.
Tepuk dada tanya selera.
Orang sekarang kata, tepuk dada tanya iman.
Semoga menjadi renungan kita bersama.

Rabu, 28 Julai 2010
sembang-sembang
Assalamualaikum.
Kopitiam adalah satu lagi kegilaan orang kita, selain Cina, juga Melayu,untuk mereka melepak. Rata-ratanya kopitiam dimiliki oleh bukan Melayu. Walaupun pekerjanya ada di kalangan remaja melayu,dan tukang masaknya pun orang Melayu....itu sebenarnya hanya untuk memikat pengunjung Melayu supaya datang.
Pada pengamatan saya,kebanyakan yang datang,tidak kira peringkat usia,memang jenis yang suka bersembang.
Datang berteman,atau solo,biasanya nak jumpa kawan. Saja nak hilangkan boring di rumah,atau memang ada urusan yang nak dibincangkan dengan kawan-kawan dan rakan niaga.
Biar apa pun tujuannya,sebenarnya kita orang Melayu perlu berhati-hati dengan hidangan yang disediakan.
Perkara penting yang mesti diambiL berat ialah tentang HALAL. Tidak ada jaminan halal atas hidangan di kopitiam.
Kalau sekadar minuman,mungkin tidak perlu dipertikaikan tentang keHALALANnya. Tapi makanan?
Ada kopitiam yang menyediakan makanan berasaskan daging dan ayam. Tidak waswaskah kita dengan ayam yang dihidangkan kepada kita?
Yakinkah kita dengan ayam tersebut?
Disembelih secara Islamkah ia?
Umum mengetahui,pemilik kopitiam bukan orang Melayu Islam.....senang cakap, orang Cinalah pemiliknya. Pernahkah kita terfikir,mahukah mereka mendapatkan bekalan bahan mentah daripada orang Melayu?
Saya pasti tidak.
Jadi,tidak ada rasa ragu-ragukah kita tentang kemungkinan ayam itu tidak disembelih mengikut hukum syarak?
Marilah kita fikirkan bersama.
Mengapa pengusaha kopitiam,malahan cafe sekalipun,tidak memohon SIJIL HALAL untuk premis mereka?
Kalau mereka tahu yang dijual di premis mereka itu halal,dan demi untuk meyakinkan pelanggan Islam mereka,tidak ada sebab dan alasan bagi mereka untuk tidak mendapatkan Sijil Halal.
Tetapi,apa yang berlaku sekarang?
Kawan-kawan,
Yang Halal itu jelas.
Yang Haram itu juga jelas.
Dan yang berada di antaranya itu adalah SYUBHAH.
Maka tinggalkanlah yang Syubhah itu.
Renung-renungkanlah.

Langgan:
Catatan (Atom)